Welcome to Penang Adventist Hospital...   A Passion To Heal, A Heart To Care Visitors: Site Meter

Empat Kanak-Kanak Kemboja Jalani Pembedahan Jantung Percuma (May 4, 2001)

GEORGETOWN, Khamis – Kumpulan pertamaempat kanak-kanak Kemboja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas(LTABL), di sini jam 3.30 petang untuk menjalani pembedahan jantung secara percuma di Hospital Adventist di sini.

Empat kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung itu ialah Lam Phay, 13, Rean Thavleak, 5, Van Sonoy, 9 dan Pun Chea, 9 bulan yang ditemani ibu masing-masing serta diiringi doktor Ngeth Pises dan jururawat dari Hospital Kanak-kanak Angkor, Kemboja.

Mereka diterbangkan ke Pulau Pinang dengan penerbangan ehsan oleh Royal Air Cambodge (RAC).

RAC menyumbangkan RM 380,000 (US$100,000) untuk membiayai tiket penerbangan empat pesakit jantung itu.

Pengurus Besar Hospital Adventist, Tedrio J Mohr, berkata Hospital Adventist bekerjasama dengan Kelab Rotary Pulau Pinang untuk pesakit jantung berusia antara satu hingga 18 tahun menjalani pembedahan jantung secara percuma.

“Kamu sedaya upaya ingin membantu kanak-kanak malang in, terutama golongan miskin yang tidak mampu membiayai kos rawatan pembedahn jantung supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna,” katanya dalam sidang akhbar di LTABL di sini, hari ini.

Menurutnya, Hospital Adventist menjalankan pembedahan jantung kepada lebih 200 pesakit jantung secara percuma membabitkan kos RM 380,000 dengan kerjasama Kelab Rotary.

Selain empat kanak-kanak dari kumpulan pertama ini, ada 44 pesakit lagi sedang menunggu giliran untuk menjalani rawatan.

Hospital Adventist memohon sumbangan ikhlas orang ramai untuk membantu kanak-kanak dari negara itu menjalani pembedahan jantung supaya mereka dapat menikmati hidup selesa seperti orang lain.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar sumbangan mereka ke Kelab Rotary Pulau Pinang, Gift of Life 2 Account, No. 7; Jalan Kelawei, 10250 Pulau Pinang atau hubungi Lim Chooi Eng di talian 04-2261133 atau 04-2266331 untuk mendapatkan maklumat lanjut.