Enam Lagi Kanak-Kanak Kemboja Tiba Untuk Jalani Pembedahan Jantung (May 14, 2001)
GEORGETOWN, Rabu – kumpulan kedua saramai enam orang kanak – kanak
Komboja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), kira-kira jam
6.30 petang semalam untuk menjalani pembadahan jantung sacara percuma di
Hospital Adventist di sini.
Keenam-enam kanak-kanak itu ialah Hy Inn, 14, Phan Chea, 11, Noy
Channa, 6, Mach Kunthea, 1, Moeuth Sarath, 2 dan Ny Nuon 3, yang ditemui ibu
masing – masing, seorang doktor serta jururawat dari Hospital kanak – kanak
Angkir, Kemboja.
Semua meraka diterbangkan ke sini dengan penarbangan ihsan royal
Air Cambodge (ROC) yang menyumbangkan sebanyak RM380,000 untuk tujuan itu.
Persedian Kelab Rotary Pulau Pinang (KRPP), Micheal CH Chen ,
berkata pembiayaan kos pembedahan kanak – kanak Kemboja Program Gift of Life 2
dibayai sepenuhnya Kelab Antarabangsa (KRA) yang dikendalikan KRPP dengan
kerjasama Hospital Adventist.
Beliau berkata, kumpulan kanak – kanak Kemboja seramai empat orang
tiba ke sini 3 Mei lalu, selamat menjalani pembadahan dan pulang ke tanah air
mereka 19 dan 29 Mei lalu.
Untuk program Gift of Life 2 ini, sebanyak RM760,000 disumbangkan
kepada Hospital Adventist oleh KRPP dan KRAuntuk membiayai kos pembadahan
kanak–kanak yang menghadapi penyakit jantung “katanya ketila ditemu di LTABL di
sini, semalam.
Chen berkata , menurut program Gift of Lift 2, seramai 45
kanak-kanak miskin dari komboja, lima dari Filipina dan seorang dari Indonisia,
dipilih menjalani pembadahan jantung secara percuma itu.
Turut menjalani pembadahan jantung secara percuma menerusi program
itu setakat ini ialah enam kanak-kanak dari Malaysia.
Chen juga mengharapakan derma orang ramai untuk mengisi tabung
KRPP bagi meneruskan program Gift of Life 2.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar
sumbangan ke Kelab Rotary Pulau Pinang, Gift of Life 2. Account, No 7 Jalan
Kelawar, 10250 Pulau Pinang.
|