Welcome to Penang Adventist Hospital...   A Passion To Heal, A Heart To Care Visitors: Site Meter

Selamat datang ke Adventist Wellness Centre!

Berikut adalah panduan untuk memudahkan pemeriksaan kesihatan anda.

  1. Tempo program pemeriksaan akan memakan waktu kira-kira 4 hingga 5 jam( 5 hingga 6 jam untuk Supreme Wellness) mulai dari perjanjian.
  2. Setelah pendaftaran, anda akan diberikan satu daftar paket(kertas berwarna) yang telah anda pilih.
  3. Anda diminta untuk mengisi satu set angket tentang gaya hidup anda. Setelah selesai serahkan pada petugas resepsi.
  4. Setelah itu, anda akan dibawa untuk menjalani pemeriksaan laboratorium(air seni, tinja dan darah).
    PERHATIAN: Anda diminta berpuasa sebelum menjalani pemeriksaan darah(sekurang-kurangnya 8-10 jam). Beritahu pegawai Wellness jika anda tidak berpuasa untuk tindakan selanjutnya.
  5. Jururawat klinik akan mengatur beberapa jenis pemeriksaan di centre untuk anda, misalnya, ECG(Rehat/Stress Lari diatas Treadmill), mengukur tinggi dan berat badan, pemeriksaan penglihatan, ujian kelenturan, analisa lemak badan dan tekanan darah.
  6. Anda akan menjumpai doctor Wellness untuk berkonsultasi dan pemeriksaan badan sebelum atau sesudah proses Rontgen di Bahagian Dianostik(Bahagian Rontgen sesuai dengan keadaan dan waktu.

    Sebagai informasi anda:

    • Prosedur yang akan dijalankan di Bahagian Diagnostik ialah: Rontgen paru-paru, USG Perut atau Rahim, Mammogram, Dexa Kepadatan Tulang, MRI, CT Scan dan lain-lain.
    • Jika paket anda termasuk USG/MRI/CT Perut, anda dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 5 jam sebelum pemeriksaan itu dijalankan.
    • Jika paket anda termasuk USG Rahim/Prostat, pundi kencing anda mesti dipenuhi dengan air kosong sahaja. Jangan buang air sampai selesai semua prosedur. Biasanya, USG Perut dan Rahim/Prostat akan dijalankan pada masa yang sama, kecuali gagal memenuhi syarat dalam salah satu prosedur.
    • Pegawai Wellness akan memberitahu waktu perjanjian anda di Bahagian Diagnostik.
    • Anda akan diringkas sebelum anda meninggalkan Bahagian Diagnostik. Salah satu baucer makanan atau baucer roti akan diberikan mengikut pilihan anda.
  7. Sila memberi perhatian bahawa anda hanya dibenarkan makan SETELAH pemeriksaan darah / USG Perut / MRI Abdomen / CT Scan.
  8. Setelah selesai semua pemeriksaan, pegawai Wellness akan menetapkan waktu(hari dan tanggal) untuk mendapatkan hasil serta ulasan oleh doktor Wellness kami.

Pemeriksaan tambahan hanya boleh didapati atas permohonan di Kaunter Pendaftaran Wellness. Anda boleh berjumpa dengan pegawai Wellness untuk keterangan selanjutnya.

Terima kasih atas pemilihan Adventist Wellness Centre sebagai teman anda dalam perjalanan ke arah kebugaran.


wlnsguide/go/May05 Revision 2